20/08/2013

im so cool bebeh!!!

Assalamualaikum & selamat pagi.

Yeah penyakit insomniaku datang kembali, mengantuk ya rabbi, lenguh, penat tapi mata takmo tidur.... aduiiiii.............



Tadi aku dah lena dah sementara menunggu housemate aku sampai ke rumah. Lena punya lena, aku ingat housemate aku tak balik malam ni rupanya sampai jugak dia pukul 1.10 pagi tadi.

Aku ingat dia tidur rumah bos aku tetiba bos call kata kejap lagi nak sampai. kena la aku bangun takut kang tertidur tak sedar2. Sementara tunggu dorang sampai aku punyala mengemas bilik depan tu sebab aku ingat akan tidur di bilik tu. Aku angkat meja tv dan tv sekali letak kt ruang tamu. Alih-alih dia nak tidur bilik belakang ha. haha Khidmat percuma aku di malam hari rupanya.


Actually tu housemate baru aku. Baru je sampai malam ni. Orang Sabahan. Belum pon berkenalan lagi. Esok je la aku berkenalan dengan dia kat office.






11/08/2013

Kucing Aku SUka Berak Dalam Rumah

Assalamualaikum & Selamat Malam,


Maaf tajuk tak berapa senonoh. ahaks :)


Aku ada 2 ekor anak kucing yang cute miut. Maaf tak boleh nak letak picture sebab hanphone aku hilang. Kesian aku. Rasanya umur anak kucing aku baru dalam 6 bulan la. masih kecik lagi. Dulu aku cukup geram la sebab nape suka sangat membuang dalam rumah, padahal abah aku dah buat lubang nak bagi kucing keluar.

Bukannya anak-anak kucing aku tak tahu keluar. Siang boleh pulak keluar kat lubang tu kalau aku tutup pintu. Baru-baru ni baru aku tahu rupanya 'depa' (bahasa utara) penakut kalau nak keluar rumah waktu malam.


Tak sangka ek, kucing pon penakut jugak. Bila dah tahu aku dah tak geram lagi la kat anak-anak kucing aku tu. Nak tak nak, kalu nampak miaw aku uh uh kena la aku buang tahinya. hahaha.


Tapi rasanya kalu dah besar sikit, miaw aku tak takut dah kut.

03/08/2013

Aku ni penghidap amnesia ke???????????

Assalamualaikum...



Aku ni ada satu jenis penyakit iaitu susah benar nak tidur malam. kalau tidur pon mesti akan terjaga balik. Dalam seminggu mesti ada je sekali or dua kali susah nk tidur. Dah la aku kerja pagi.. Masuk je office rasa lalok je kadang2. Haha tapi aku ni pekerja yang berkaliber (angkat bangkul sendiri) walaupon mengantuk kerja aku semua siap.

Yang aku sedar, kalau aku tak cukup tidur aku mesti jadi peramah time kerja. Aku kerja customer service, So hari2 bertemu pelanggan. Selalunya aku ni tak banyak bercakap sebab pemalu tapi kalau tak cukup tidur aku jadi aktif betul time kerja.

Yang pasti aku tak macam picture dalam kartoon ni yang mengantuk time kerja hehe. 

01/08/2013

First POst

Assalamualaikum.


 Hye, ni blog baru aku. Sebelum ni aku ada je blog tapi aku dah lupa pasword dan emel sebab banyak sangat emel dan pasword yang aku guna. hehe. harap-harap blog ini berkekalan hendaknya